Monday, September 6, 2010

Cara Pemakaian Yang Salah Bagi Wanita

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?

Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Wednesday, September 1, 2010

10 Peringatan Bumi

Untuk Peringatan diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah wahai anak adam bahawa Bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik R.A.
Sesungguhnya setiap hari BUMI menyeru kepada MANUSIA dengan SEPULUH perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, terapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan menagis di dalam perutku.

4. Bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, Tetapi ingtalah! Engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan dihina didalam perutku.

8. Engkau berlari riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.

10.Engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

"Dan persiapkanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan, bertaqwalah kepada Aku wahai orang yang berfikir." (Al-Baqarah ayat 197)

15 Maksiat Yang Mengundang Bala

Maksud hadis :-
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat " Lima Belas Pekara " maka bala pasti
akan turun kepada mereka, iaitu :-

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi
ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Jagalah Aurat Kamu

Jagalah Pandangan Matamu


Allah berfirman :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[An-Nur 24:30]

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[An-Nur 24:31]

Sama-sama Kita Berdoa

Sunday, August 1, 2010

Ketawalah Sekadarnya

Elakkan ketawa berpanjangan kerana kadang kala ketawa itu
merosakkan hati..

Ketawalah bersederhana dan tidak keterlaluan..

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda :
'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Para sahabat pernah berkata :
"Ketawa segala nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "

Dan sebaik2nya adalah senyuman yang tidak diada2kan..

Ketawalah sekadarnya sahaja..
Selamat tersenyum..
Islam itu cantik.. ^_^

Cinta

Ada sepasang kekasih yg tgh sibuk bercinta..
Status mereka : couple, belum fikir lg nak kawin.. lagi 2,3,4 tahun kot..

Mereka bercinta..
Sehingga terlupa hukuman Allah yg dijanjikan untuk manusia yg ingkar perintahNya..

Mereka tidak lagi mengikut jalan dan redha Allah..
Tetapi hanya mengikut jalan dan undang2 yg syaitan cadangkan utk mereka..

ALLAH murka kerana mereka melakukan hal2 yg HARAM dan mendekati zina :
- berpegang tangan
- berdua2an di tempat sunyi
- bersentuhan kulit
- memikirkan si dia selalu (angau)
- mendedahkan aurat kpd yg bkn mahram

Mereka dikatakan pasangan yg bahagia, sepadan, sweet dan sebagainya..
Tetapi itu MANUSIA yg kata..
Apa kata tuhan mereka iaitu ALLAH??
Fikir2kan lah..

Moga kita bukan termasuk lelaki atau perempuan yg sebegitu..
Amin..

P/S : "Cinta itu Allah yg beri, Allah jua yg blh merampasnya kembali"
berhati2lah bercinta..

Saturday, July 31, 2010

Manusia Sombong

Jalan di atas bumi ciptaan NYA dgn bongkaknya..
Bila bersedih, baru tercari-cari dan ingat akan NYA..
Bila gembira rasa dunia ni dia yg punya..
Mengaku menyayangi NYA tetapi rasa syg itu tanpa sedar lebih diberi utk manusia..
24jam teringat akan "si dia" atau "sesuatu hal kebendaan" tetapi ALLAH??
Tunggu saja krn apa yg kita perbuat semuanya akan diminta PERTANGGUNGJAWABAN..

Meraih Cinta Allah

Jika kita tahu bagaimana rasanya cintakan seseorang..
menyayangi seseorang..
sanggup berkorban untuk seseorang..
memikirkan seseorang yg dicintai..
kita sudah tentu tahu adakah ada rasa cinta dalam hati kita utk Allah..

Jadi, jangan mengaku kamu cintakan Allah..
Ya Allah cinta teragung..
sedang kamu belum mencintaiNYA..
kerana kamu tahu rasa cinta itu belum wujud dalam hati kamu..
kerana cinta bukan hanya kata-kata..