Saturday, July 31, 2010

Manusia Sombong

Jalan di atas bumi ciptaan NYA dgn bongkaknya..
Bila bersedih, baru tercari-cari dan ingat akan NYA..
Bila gembira rasa dunia ni dia yg punya..
Mengaku menyayangi NYA tetapi rasa syg itu tanpa sedar lebih diberi utk manusia..
24jam teringat akan "si dia" atau "sesuatu hal kebendaan" tetapi ALLAH??
Tunggu saja krn apa yg kita perbuat semuanya akan diminta PERTANGGUNGJAWABAN..

Meraih Cinta Allah

Jika kita tahu bagaimana rasanya cintakan seseorang..
menyayangi seseorang..
sanggup berkorban untuk seseorang..
memikirkan seseorang yg dicintai..
kita sudah tentu tahu adakah ada rasa cinta dalam hati kita utk Allah..

Jadi, jangan mengaku kamu cintakan Allah..
Ya Allah cinta teragung..
sedang kamu belum mencintaiNYA..
kerana kamu tahu rasa cinta itu belum wujud dalam hati kamu..
kerana cinta bukan hanya kata-kata..

Sebutlah Alhamdulillah


Jika sekarang kita sedang menangis, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang dlm kesakitan, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang bermasalah, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang mederita jiwa dan perasaan, sebutlah ALHAMDULILLAH!

Kerana itu tanda Allah mengingati kita dengan menganugerahi dugaan yang mewah kepada kita..
Agar kita slalu berharap pada Nya..
Meminta kepada Nya..

Tetapi..
Jika kita sedang bersenang hati, tersenyum menampakkan gigi, BIMBANGLAH HATI!
Kerana takut-takut kita dilalaikan oleh Allah..
Nauzubillah.. Wallahualam..

Fikirkan Yang Terbaik Buat Anda

Merokok Dekat Dengan Kematian

Tuesday, July 20, 2010

Mana Satukah Anda?

Apakah Fesyen Anda?

* Klik pada gambar utk mendapatkan gambar yg lebih jelas.

Friday, July 16, 2010

Wednesday, July 14, 2010

No Part Time Please

Maksiat Lemahkan Hati


Tazkirah Remaja - Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.

Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:

1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.

2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).

Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita.
Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.

6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.

Dimanakah Kedudukan Kita?

Beza Lelaki Dan Wanita

Lelaki :

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN....???!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN....???!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti 'gunung dengan semut'. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Wallahua'lam).

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya..

Wanita :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
1. Isterinya
2. Ibunya
3. Anak perempuannya
4. Saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3.Taat pada Suaminya
4. Menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada Wanita...

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri"

Wallahua'lam..

P/S : Lihatlah..betapa mudahnya wanita dpt masuk ke syurga berbanding lelaki.tapi mengapa wanita2 pada hari ini tidak mahu mengambil peluang yang diberikan?Masyaallah..alangkah ruginya kalau kita terlepas peluang ini.

Tuesday, July 6, 2010

Antara Khinzir Dan Kekasih

*Klik pada gambar untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas.

Khinzir:
bila sentuh kita hanya perlu samak je..
tengok tak HARAM..
sentuh tak BERDOSA..
tak perlu minta AMPUN DOSA...
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA..

Kekasih:
aurat tak dijaga tengok HARAM..
pegang HARAM..
bila dah pegang, tak boleh samak SEPERTI KHINZIR..
kena minta AMPUN DOSA..

P/S : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.

Monday, July 5, 2010

Lihatlah Keajaibannya

Lihat titik-titik hitam di tengah-tengah pada kalimah Allah selama 10 saat dan alihkan pandangan pada dinding kosong. Lihatlah keajaibannya.