Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Monday, September 6, 2010
Wednesday, September 1, 2010
10 Peringatan Bumi
Untuk Peringatan diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah wahai anak adam bahawa Bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik R.A.
Sesungguhnya setiap hari BUMI menyeru kepada MANUSIA dengan SEPULUH perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, terapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan menagis di dalam perutku.
4. Bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, Tetapi ingtalah! Engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan dihina didalam perutku.
8. Engkau berlari riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.
10.Engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
"Dan persiapkanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan, bertaqwalah kepada Aku wahai orang yang berfikir." (Al-Baqarah ayat 197)

15 Maksiat Yang Mengundang Bala
Maksud hadis :-
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat " Lima Belas Pekara " maka bala pasti
akan turun kepada mereka, iaitu :-
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi
ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Jagalah Pandangan Matamu
Allah berfirman :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[An-Nur 24:30]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[An-Nur 24:31]
Sunday, August 1, 2010
Ketawalah Sekadarnya
Elakkan ketawa berpanjangan kerana kadang kala ketawa itu
merosakkan hati..
Ketawalah bersederhana dan tidak keterlaluan..
Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda :
'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Para sahabat pernah berkata :
"Ketawa segala nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "
Dan sebaik2nya adalah senyuman yang tidak diada2kan..
Ketawalah sekadarnya sahaja..
Selamat tersenyum..
Islam itu cantik.. ^_^

Cinta
Ada sepasang kekasih yg tgh sibuk bercinta..Status mereka : couple, belum fikir lg nak kawin.. lagi 2,3,4 tahun kot..
Mereka bercinta..
Sehingga terlupa hukuman Allah yg dijanjikan untuk manusia yg ingkar perintahNya..
Mereka tidak lagi mengikut jalan dan redha Allah..
Tetapi hanya mengikut jalan dan undang2 yg syaitan cadangkan utk mereka..
ALLAH murka kerana mereka melakukan hal2 yg HARAM dan mendekati zina :
- berpegang tangan
- berdua2an di tempat sunyi
- bersentuhan kulit
- memikirkan si dia selalu (angau)
- mendedahkan aurat kpd yg bkn mahram
Mereka dikatakan pasangan yg bahagia, sepadan, sweet dan sebagainya..
Tetapi itu MANUSIA yg kata..
Apa kata tuhan mereka iaitu ALLAH??
Fikir2kan lah..
Moga kita bukan termasuk lelaki atau perempuan yg sebegitu..
Amin..
P/S : "Cinta itu Allah yg beri, Allah jua yg blh merampasnya kembali"
berhati2lah bercinta..
Saturday, July 31, 2010
Manusia Sombong
Jalan di atas bumi ciptaan NYA dgn bongkaknya..Bila bersedih, baru tercari-cari dan ingat akan NYA..
Bila gembira rasa dunia ni dia yg punya..
Mengaku menyayangi NYA tetapi rasa syg itu tanpa sedar lebih diberi utk manusia..
24jam teringat akan "si dia" atau "sesuatu hal kebendaan" tetapi ALLAH??
Tunggu saja krn apa yg kita perbuat semuanya akan diminta PERTANGGUNGJAWABAN..
Meraih Cinta Allah
Jika kita tahu bagaimana rasanya cintakan seseorang..menyayangi seseorang..
sanggup berkorban untuk seseorang..
memikirkan seseorang yg dicintai..
kita sudah tentu tahu adakah ada rasa cinta dalam hati kita utk Allah..
Jadi, jangan mengaku kamu cintakan Allah..
Ya Allah cinta teragung..
sedang kamu belum mencintaiNYA..
kerana kamu tahu rasa cinta itu belum wujud dalam hati kamu..
kerana cinta bukan hanya kata-kata..
Sebutlah Alhamdulillah

Jika sekarang kita sedang menangis, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang dlm kesakitan, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang bermasalah, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang mederita jiwa dan perasaan, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Kerana itu tanda Allah mengingati kita dengan menganugerahi dugaan yang mewah kepada kita..
Agar kita slalu berharap pada Nya..
Meminta kepada Nya..
Tetapi..
Jika kita sedang bersenang hati, tersenyum menampakkan gigi, BIMBANGLAH HATI!
Kerana takut-takut kita dilalaikan oleh Allah..
Nauzubillah.. Wallahualam..
Thursday, July 22, 2010
Tuesday, July 20, 2010
Sunday, July 18, 2010
Friday, July 16, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Maksiat Lemahkan Hati

Tazkirah Remaja - Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.
Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:
1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.
2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).
Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.
3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."
4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita.
Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.
5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.
6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.
7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.
8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.
9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.
Beza Lelaki Dan Wanita
Lelaki :Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN....???!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN....???!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti 'gunung dengan semut'. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Wallahua'lam).
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya..
Wanita :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
1. Isterinya
2. Ibunya
3. Anak perempuannya
4. Saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3.Taat pada Suaminya
4. Menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada Wanita...
"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri"
Wallahua'lam..
P/S : Lihatlah..betapa mudahnya wanita dpt masuk ke syurga berbanding lelaki.tapi mengapa wanita2 pada hari ini tidak mahu mengambil peluang yang diberikan?Masyaallah..alangkah ruginya kalau kita terlepas peluang ini.
Tuesday, July 6, 2010
Antara Khinzir Dan Kekasih
*Klik pada gambar untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas.Khinzir:
bila sentuh kita hanya perlu samak je..
tengok tak HARAM..
sentuh tak BERDOSA..
tak perlu minta AMPUN DOSA...
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA..
Kekasih:
aurat tak dijaga tengok HARAM..
pegang HARAM..
bila dah pegang, tak boleh samak SEPERTI KHINZIR..
kena minta AMPUN DOSA..
P/S : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.
Monday, July 5, 2010
Lihatlah Keajaibannya
Friday, July 2, 2010
Tuesday, June 29, 2010
Andainya Sedikit Daripada Cinta Itu...
Andainya sedikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :
1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
P/S : Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...

Monday, June 28, 2010
Wanita Solehah Perhiasan Terindah
Allah berfirman yang bermaksud :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (surah An-Nur ayat 31)
Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "BELUM SAMPAI SERU".
'SERUAN' apa yang ditunggunya atau 'SERUAN' dari siapa yang sedang mereka tunggu?????
Bukankah Allah telah "MENYERU umat ISLAM" untuk menutup aurat sejak berabad - abad dahulu lagi.
Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi ?
Cuba renung soalan ni dari maksud ayat diatas...
ISLAM ITU MESTI BERIMAN ?
atau
BERIMAN ITU MESTI ISLAM ?
Kita sering salah pilih ANTARA soalan diatas. Adakah kita hanya mengguna status ISLAM ? Kita kata, kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan Kitab-kitabNya tetapi sebaliknya apa yang kita zahirkan bertentangan.
Allah telah menggariskan peraturan dan Rasul telah mengajarkan peraturan itu. Telah termaktub di dalam Kalam-Nya. Tetapi kenapa masih leka TAK BERIMAN ???
Kita bimbang kalau-kalau sebelum aurat dan tubuh kita dibungkus dengan kain putih kita belum sempat menutup aurat.
Maka, wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu hari esok, amalkan sekarang juga.
"TUTUPLAH AURAT MU SEBELUM AURAT MU DITUTUP"
Bimbang "TIADA ESOK BAGIMU ". Gembirakanlah Allah dan RasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang, Allah dan RasulNya dapat menggembirakan kamu.
P/S : Biar kamu tidak cantik dimata penduduk bumi, tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Sunday, June 27, 2010
Tak Ingat Mati - Leka Keseronokan Dunia
Umur pendek atau umur panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Nabi, Rasul, iaitu manusia yang paling dekat dan menjadi kekasih Allah swt pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di Padang Mahsyar.
Firman Allah swt bermaksud :
"Dimana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi diatas mahligai atau benteng yang paling kuat".
(Surah An-Nisaa' ayat 78)
Persoalan mati adalah kejadian paling hebat yang tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia mati, ia dikatakan kiamat kecil kerana roh keluar daripada jasad yang akan busuk dan kembali menjadi tanah.
Kubur atau alam barzakh tempat permulaan alam akhirat. Seperti mana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.
Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh, alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah swt, alam barzakh adalah episod ngeri dipenuhi azab hingga datangnya hari kiamat.
Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit manusia yang bercakap mengenai kematian, alam barzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia.
Kesibukan mencari keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.
P/S : Kita sering bercakap mengenai kematian rakan. Apakah kematian itu menimbulkan keinsafan untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan mencukupi menghadapi kematian yang pasti?

Wednesday, June 23, 2010
Pengurusan Jenazah
Ustaz Amri Wahab : Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal. Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba. Berikut langkah2 yang perlu dibuat :
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.
Mati itu adalah suatu kejutan. Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan :
"Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan."...
Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat)
"Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia."
Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
Rapatkan mulutnya.
Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.
(Ada yang letak gunting atau quran)
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.
Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat.
Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.
P/S : Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya anaknya sendiri kalau si mati bapanya.
Kalau waris tidak mampu mengurus jenazah, bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

Wednesday, June 16, 2010
Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: ''Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.''
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu ''Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.''
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: ''Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.'' Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: ''Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah''Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: ''Aku tidak tahu.''
Berkata ulamak Iblis: ''Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.''
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: ''Bagaimanakah Zat Allah?''Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: ''Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.''
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: ''Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.''
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: ''Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.''
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: ''Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.''
Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: ''Ya Tuhan kami selamatkanlah.''
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: ''Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:''Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.''
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
Iblis Dengan Ahli Neraka
DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: ''Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.''
Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: ''Wahai para penghuni neraka.'' Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis. Kata Iblis: ''Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir.''
Berkata Iblis lagi: ''Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.''
Berkata Iblis lagi: ''Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?''
Akhirnya Iblis berkata: ''Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.''
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: ''Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.''
Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.
Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.
Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Friday, June 11, 2010
Membentuk Cinta Abadi

Jalaluddin Rumi berkata: Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.
Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.
Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua.
Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-NYA.
Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat ALLAH, sering orang tidak bisa menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tidak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hamba-NYA kepada sang penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun sering orang pun tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik secuil nikmat yang dicurahkan-NYA.
Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap KHALIQnya. Padahal semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari ALLAH, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup di dunia. Bersungguh-sungguh mencintai ALLAH, ataukah terlena oleh dunia yang fana ini? Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab doa tidak terijabah.
Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih mengadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.
Bagaimana mungkin doa seorang gadis ingin mendapatkan seorang lelaki soleh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum solehah.
Bagaimana mungkin doa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga.
Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang soleh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabai dan kasih sayang tidak dicurahkan.
Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan keperibadian diri belum bisa menjadi contoh teladan.
Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.
Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahawa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.
Dan ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba-hamba-NYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH semata. Untuk membuktikan cinta kita kepada-NYA, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:
1) Iman yang kuat.
2) Ikhlas dalam beramal.
3) Mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada ALLAH, dengan istiqhomah mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian Insya-ALLAH kita akan menggapai cinta dan keredhaan-NYA.
P/S : Rumah tangga, percintaan mahupun persahabatan, harus meletakkan ALLAH di hadapan dulu. Seterusnya harus menanamkan sifat kesabaran, bertolak-ansur dan sentiasa beristiqhomah dalam melakukan ibadah. (Segala-galanya Lillahi Ta’ala semata.)
Sunday, June 6, 2010
Hari Yang Haram Dan Makhruh Berpuasa
1. Dalam mencari pahala puasa sunat, jangan tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu :
- Tanggal 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
- 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
- 11,12 dan 13 Zulhijjah (Hari Tasyriq)
- Hari Syak (mungkin hari bermula puasa - 30 Syaaban)
- Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim)
2. Jangan pula berpuasa pada hari-hari yang dimakhruhkan :
- Puasa orang yang terlalu sakit
- Puasa orang yang sangat tua
- Puasa wanita yang hamil
- Puasa orang yang musafir
- Puasa pada hari Arafah (bagi yang mengerjakan haji)
- Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
- Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
- Puasa asalnya sunat dikerjakan oleh orang yg menanggung puasa qada
- Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
3. Orang yang mengerjakan puasa wajib dikehendaki berniat puasa pada waktu malam. Puasa sunat boleh diniatkan pada pagi hari sebelum tergelincir matahari (belum masuk waktu zuhur) dengan syarat belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
4. Niat puasa tidak semestinya dengan melafazkan dalam bahasa arab, memandai dengan melintaskan didalam hati dengan apa-apa juga bahasa yang kita fahami.

Saturday, June 5, 2010
Personaliti Berdasarkan Warna Dan Tarikh Lahir
23 Dis - 11 Jan - Oren
12 Jan - 24 Jan - Kuning
25 Jan - 3 Feb - Merah Jambu
4 Feb - 8 Feb - Biru
9 Feb - 18 Feb - Hijau
19 Feb - 28 Feb - Perang
1 Mac - 10 Mac - Aqua
11 Mac - 20 Mac - Lime
21 Mac - Hitam
22 Mac - 31 Mac - Ungu
1 Apr - 10 Apr - Biru
11 Apr - 20 Apr - Perak
21 Apr - 30 Apr - Putih
1 Mei - 14 Mei - Biru
15 Mei - 24 Mei - Emas
25 Mei - 3 Jun - Krim
4 Jun - 13 Jun - Kelabu
14 Jun - 23 Jun - Maroon
24 Jun - Kelabu
25 Jun - 4 Jul - Merah
5 Jul - 14 Jul - Oren
15 Jul - 25 Jul - Kuning
26 Jul - 4 Ogo - Merah Jambu
5 Ogo - 13 Ogo - Biru
14 Ogo - 23 Ogo - Hijau
24 Ogo - 2 Sep - Perang
3 Sep - 12 Sep - Aqua
13 Sep - 22 Sep - Lime
23 Sep - Olive
24 Sep - 3 Okt - Ungu
4 Okt - 13 Okt - Biru
14 Okt - 23 Okt - Perak
24 Okt - 11 Nov - Putih
12 Nov - 21 Nov - Emas
22 Nov - 1 Dis - Krim
2 Dis - 11 Dis - Kelabu
12 Dis - 21 Dis - Maroon
22 Dis - Merah Teal
Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
Merah Teal
Bukan main lagi kamu ni ye! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Lime
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Olive
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Aqua
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!
P/S : Semua ni hanya untuk suka-suka. Jika betul, mungkin sekadar kebetulan. Jangan terlalu percaya. Hanya kita dan Allah swt yang tahu siapa kita. Jadilah diri sendiri.

Otak Wanita Kurang Berfungsi Apabila Putus Cinta
LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan akhbar The Telegraph.
Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat dikesan oleh pengimbas otak.
Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.
Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.
“Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian.”
Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah berakhir 16 minggu lalu.
Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka.
Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami.
Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain.
Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus.
Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan.
Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding lelaki.
P/S : Cintailah ALLAH melebihi cinta manusia. Kerana Dia pastinya tidak akan mengecewakan kamu. Sama-sama cinta dunia akan berebut dan berbalah. Tapi sama-sama cinta Allah tiada rebutan dan perbalahan. InsyaAllah.

Nota Buat Adam
Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
Sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa terpesong dari landasan
Kerana aku buruan Syaitan
Adam
Maha Suci ALLAH yang mentakdirkan
Kaumku lebih ramai dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya kelebihan ALLAH dalam urusanNya
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku
Nescaya akan merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Qabil dan Habil
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 ALLAH
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu
Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku
Tapi…aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk
Ketika menjadi isterimu
Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara
Adam
Aku tahu bahawa dalam al-Quran
Ada ayat yang menyatakan
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku
Agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu
Tapi Adam
Nyata dan rata-rata
Apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku ramai yang telah menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya ALLAh mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalanan, di pasar, di bandar bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah
Seluruh tubuhku mesti ditutup
Dari hujung rambut sampai hujung kaki
Tapi…realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya
Adam
Mengapa kau biarkan aku begini
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang di waktu yang sama
Aku ke muka menguruskan hal negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal kau duduk saja
Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara
Apakah kau tidak lagi seperti dulu
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku
Adam
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung
Kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat
Ibu bapa tak pandai didik
Jika murid bodoh
Guru yang tidak pandai mengajar
Adam
Kau selalu berkata
Hawa memang degil
Tak mahu dengar kata
Tak mudah makan nasihat
Kepala batu pada hematku yang daif ini
Adam
Seharusnya kau tanya dirimu
Apakah didikanmu terhadapku
Sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW
Terhadap isteri-isterinya
Adakah akhlak Adam
Boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa
Adam
Kau sebenarnya IMAM dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikutmu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku…akalku satu nafsuku beribu
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku
Kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir ditolak sorong
Oleh nafsu dan kuncu-kuncunya
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu
Agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku
Agar aku menjadi Mujahidah kekasih ALLAH
Adam
Seandainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar
Maka kita tunggu dan lihatlah
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah
Malulah engkau Adam
Malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu

Jarak Dunia Dan Akhirat
Jabir bin Abdullah berkata, “Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.
Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?”
Maka Rasulullah SAW pun bersabda,”Dunia itu adalah impian orang yang tidur.”
Bertanya orang itu lagi, “Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa’ir.”
Orang itu bertanya lagi, “Apakah Syurga itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”
Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahanam itu?”
Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”
Bertanya orang itu lagi, “Siapakah sebaik-baik umat ini?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”
Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”
Orang itu bertanya lagi, “Seberapakah ketentuan taat itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”
Bertanya orang itu lagi, “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”
Jabir melanjutkan ceritanya, “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”
Rasulullah SAW bersabda, “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.
Bersabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”
Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

Solat Tiang Agama

Sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruku’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wallahualam.
P/S : Sebaik-baik manusia itu adalah yang menjaga tertib dalam sembahyangnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)