Sunday, August 1, 2010

Ketawalah Sekadarnya

Elakkan ketawa berpanjangan kerana kadang kala ketawa itu
merosakkan hati..

Ketawalah bersederhana dan tidak keterlaluan..

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda :
'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Para sahabat pernah berkata :
"Ketawa segala nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "

Dan sebaik2nya adalah senyuman yang tidak diada2kan..

Ketawalah sekadarnya sahaja..
Selamat tersenyum..
Islam itu cantik.. ^_^

Cinta

Ada sepasang kekasih yg tgh sibuk bercinta..
Status mereka : couple, belum fikir lg nak kawin.. lagi 2,3,4 tahun kot..

Mereka bercinta..
Sehingga terlupa hukuman Allah yg dijanjikan untuk manusia yg ingkar perintahNya..

Mereka tidak lagi mengikut jalan dan redha Allah..
Tetapi hanya mengikut jalan dan undang2 yg syaitan cadangkan utk mereka..

ALLAH murka kerana mereka melakukan hal2 yg HARAM dan mendekati zina :
- berpegang tangan
- berdua2an di tempat sunyi
- bersentuhan kulit
- memikirkan si dia selalu (angau)
- mendedahkan aurat kpd yg bkn mahram

Mereka dikatakan pasangan yg bahagia, sepadan, sweet dan sebagainya..
Tetapi itu MANUSIA yg kata..
Apa kata tuhan mereka iaitu ALLAH??
Fikir2kan lah..

Moga kita bukan termasuk lelaki atau perempuan yg sebegitu..
Amin..

P/S : "Cinta itu Allah yg beri, Allah jua yg blh merampasnya kembali"
berhati2lah bercinta..

Saturday, July 31, 2010

Manusia Sombong

Jalan di atas bumi ciptaan NYA dgn bongkaknya..
Bila bersedih, baru tercari-cari dan ingat akan NYA..
Bila gembira rasa dunia ni dia yg punya..
Mengaku menyayangi NYA tetapi rasa syg itu tanpa sedar lebih diberi utk manusia..
24jam teringat akan "si dia" atau "sesuatu hal kebendaan" tetapi ALLAH??
Tunggu saja krn apa yg kita perbuat semuanya akan diminta PERTANGGUNGJAWABAN..

Meraih Cinta Allah

Jika kita tahu bagaimana rasanya cintakan seseorang..
menyayangi seseorang..
sanggup berkorban untuk seseorang..
memikirkan seseorang yg dicintai..
kita sudah tentu tahu adakah ada rasa cinta dalam hati kita utk Allah..

Jadi, jangan mengaku kamu cintakan Allah..
Ya Allah cinta teragung..
sedang kamu belum mencintaiNYA..
kerana kamu tahu rasa cinta itu belum wujud dalam hati kamu..
kerana cinta bukan hanya kata-kata..

Sebutlah Alhamdulillah


Jika sekarang kita sedang menangis, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang dlm kesakitan, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang bermasalah, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang mederita jiwa dan perasaan, sebutlah ALHAMDULILLAH!

Kerana itu tanda Allah mengingati kita dengan menganugerahi dugaan yang mewah kepada kita..
Agar kita slalu berharap pada Nya..
Meminta kepada Nya..

Tetapi..
Jika kita sedang bersenang hati, tersenyum menampakkan gigi, BIMBANGLAH HATI!
Kerana takut-takut kita dilalaikan oleh Allah..
Nauzubillah.. Wallahualam..

Fikirkan Yang Terbaik Buat Anda

Merokok Dekat Dengan Kematian

Tuesday, July 20, 2010

Mana Satukah Anda?

Apakah Fesyen Anda?

* Klik pada gambar utk mendapatkan gambar yg lebih jelas.