Umur pendek atau umur panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Nabi, Rasul, iaitu manusia yang paling dekat dan menjadi kekasih Allah swt pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di Padang Mahsyar.
Firman Allah swt bermaksud :
"Dimana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi diatas mahligai atau benteng yang paling kuat".
(Surah An-Nisaa' ayat 78)
Persoalan mati adalah kejadian paling hebat yang tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia mati, ia dikatakan kiamat kecil kerana roh keluar daripada jasad yang akan busuk dan kembali menjadi tanah.
Kubur atau alam barzakh tempat permulaan alam akhirat. Seperti mana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.
Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh, alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah swt, alam barzakh adalah episod ngeri dipenuhi azab hingga datangnya hari kiamat.
Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit manusia yang bercakap mengenai kematian, alam barzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia.
Kesibukan mencari keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.
P/S : Kita sering bercakap mengenai kematian rakan. Apakah kematian itu menimbulkan keinsafan untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan mencukupi menghadapi kematian yang pasti?
Sunday, June 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment